Pengikut

Rabu, 02 Mei 2012

Maafkan Aku Sahabat


Dari hati kepada pena seiringku menulis ke buku
Maafkan aku sahabat
Maafkan aku atas egoisku
Maafkan aku atas egoku yang kadang kala tinggi dan tak bertempat
Membuatkan aku terlepas kata-kata yang berbisa yang menggugat hatimu
Membuatkan aku berperilaku yang mengiris hatimu

Aku bebas melepaskan apa yang tersimpan dan mau diluahkan
Tanpa berfikir panjang.

Namun sebelum meneruskan ungkapan maaf ini
Ingin aku realisasikan,
“Sungguh aku hargai persahabatan ini”
Kerana aku mungkin tidak akan mendapat ganti sahabat sepertimu
Maafkan atas kekhilafanku sahabat
Maafkan aku
Adakalanya aku terlalu memaksa dalam ukhwah yang terjalin bersamamu
Adakalanya aku terlalu memaksa agar kau sentiasa berada di sisiku
Adakalanya aku terlalu memaksa agar kau dengar dan layani aku
Maafkan aku atas perilaku itu
Maafkan aku sahabat kerana aku menghancurkan masa bersamamu
Mungkin aku orang paling munafik dan paling busuk yang pernah kau kenal. Tapi dengan itu aku berharap kamu tidak akan bertemu dengan orang yang lebih busuk dan munafik dari aku.
 

Semoga aku orang terburuk yang kamu kenal sepanjang umurmu
Maafkan aku sahabat kerana aku bukan sahabat terbaik untukmu
Aku terlalu banyak kelemahan dan terlalu banyak kesalahan padamu

Maafkan aku sahabat kerana aku tidak sekuat yang kamu kira
Maafkan aku sahabat kerana aku tidak sebaik yang kamu inginkan
Maafkan aku sahabat kerana aku tidak sedewasa yang terlihat
Maafkan aku sahabat kerana aku lebih jahat dari yang kau tahu
Maafkan aku sahabat atas perilakuku yang tidak matang dan keanak-anakan
Kerana naluriku sebagai anak bongsu dalam keluargaku
Maafkan aku atas semua itu

Karena kutahu
Tiap daun yang berguguran pun tak sanggup menghitung dosaku
Padamu, pada dia, pada mereka,
Dan pada semua
Bahkan pada diri ini yang naif ini
Agar aku boleh tersenyum tulus dan ringan
Karna tiada beban esok
Aku mohon maafkanlah aku sebelum esok
Sebelum hari ini berganti
Karena aku ingin hidup esok dengan ketenangan
Untuk esok
Esok…..
Esoknya lagi…
Dan lagi……
Dan untuk selamanya
Agar lepas beban hati
Agar berakhir sedih dan penyesalan yang panjang ini
Aku mohon maafkanlah aku agar aku lahir kembali
Meski kau tidak melihat aku berubah
Namun biarlah aku rasakan
Sendiri…..hanya aku…..
Maka aku mohon
Maafkanlah aku sahabat sebelum esok
Sebelum hari ini berganti
Terima kasih untuk menjadi seseorang yang pernah sangat dekat denganku, segalan nasihat dan semangatmu sebelum ini akan ku sematkan dalam hati dan biarkan ia membekas di situ..

Maafkan aku sahabat


1 komentar: